Sekarangni banyak cafe-cafe baru buka serve carbonara, maklumlah dulu hotel jer ada food ni,tapi masa sudah berubah ,cafe skarang dah ala-ala coffee house dah!.. kekadang lebih dari itu pun ada.. so, kepada penggemar carbonara atau Carbonarism.. haha.. ni menu ringkas tapi berani jamin memenuhi tuntutan selera anda .. dan menu ni boleh dibuat untuk keramaian family , dan kalau xhabis, kuahnya boleh disimpan dalam peti sejuk ( untuk 2-3 hari ) dan sejuk beku ( seminggu ++ , bergantung kpada cara masak ).. so, bleh buat stok boring2 nak makan kat rumah ! ..
BAHAN
500 gram Spaghetti / Angle Hair / Bow tie ( ikutla yang mana
ada suka )
150 gram Isi Ketam ( Filamen Ketam ) di potong nipis
100 gram Sosej ( dipotong nipis )
2 keping Daging Burger ( dinyahbeku dan dilenyek )
¾ Susu Penuh Krim (
kotak besar)
1 Kotak Cooking Cream
1-2 Labu Bawang Holland ( dadu )
3- Ulas Bawang Putih (ditumbuk )
1/2 batang Saderi (
Dadu )
1 ½ Sudu Daun Oregano
1 ½ Sudu Daun Basil
1 ½ Sudu Daun Thyme
1 ½ Sudu Daun Parsley
1 Sudu Lada Hitam
Minyak dan pati ayam serta garam secukup rasa.
Cara-cara
- - Rebuskan Spaghetti kita, untuk mudah, masak air sehingga mendidih dengan sedikit minyak dan garam. Setelah mendidih, masukkan spaghetti . spaghetti akan masak dalam masa 10 minit, bagi Angel Hair , mungkin dalam 8 minit.
- - Toskan spaghetti yang dah masak dan campurkan dengan sedikit minyak dan gaul supaya bila sejuk nanti dia tak melekat sesama sendiri.haa..
- - Mula membuat sos nya, tumiskan bawang putih kemudian disusuri bawang Holland , dan saderi.. setelah semua bahan ni naik bau, baru masukkan daun herba kesemuanya.. sehinnga naik bau herba, masukkan bahan mentah , kacau sehingga masak..kena sentiasa kacau supaya xda yang hangit. Hehe..
- - Selepas masak semua.. masukkan susu kotak dan cooking cream, dekat susu ni ikut pada kesusaian anda yang nak makan, nak sedap, tambah lagi susu, tp jangan terlalu banyak. Kemudian lada dan pati ayam untuk rasa.
- - Masak sehingga mendidih dan siap untuk dihidang
- - Nak sedap, bila nak makan baru gaul dengan sos, dan masak seketika bersama dalam kuali by portion.