BAHAN
1 ayam chicken chop ( paha ayam yang dibuang tulang nya )
1-2 batang Asparagus
muda (direbus )
1-2 batang Lobak Merah ( battonet /Julienne ) direbus
1 labu hirisan bawang kecil
Sehelai daun Bay
1-2 sudu Sos Tiram
1-2 Sudu Sos Tomato
3 Sudu Brown stock
1 Sudu Pati Ayam
1 Sudu Serbuk Lada Hitam
*Tali ikat ( kain pun boleh tapi yang tiada warna lah )
Cara- Cara
- 1- Mulakan dengan Bismillah : )
- 2- Basuh ayam dan buka ayam seluas mungkin sepertimana ayam chicken chop tu.
- 3- Perisakan Ayam ini dengan Sos Tiram, Sedikit Pati Ayam, Serbuk Lada .. boleh tambahkan Mix herb untuk lebih aroma .perapkan dalam 30 minit untuk rasa menyerap dalam kalbu ayam : )
- 4- Sementara itu, kita buat sos dulu..tumiskan bawang bersama daun Bay serta sedikit Lada Hitam sehinga bawang layu.. untuk Brown stock , campurkan brown stock tadi bersama air sejuk dan kacau sehingga larut,lepas tu baru masukkan ke dalam kuali . kemudian, masukkan sos tomato dan jus oren tadi.. kacau sehingga sos likat pekat dan mendidih..siap kuahye !
- 5- Selepas 30 minit , letakkan asparagus dan lobak merah yang sudah direbus ditengah ayam dan gulung serta ikat dengan kemas. Teknik ikatan yg terbaik bole tgok youtube.saya xdan nk buat video ikatan kemas tu..nanti, insyaAllah.
- 6- Setelah ikat, panaskan kuali leper, dan masukan ayam tu tadi, masak sehingga kekuningan lebih kurang 8-12 minit.ayam pun siap.kuah pun siap..dan bolehla dihidangkan .. sedap kalau makan panas-panas bersama mashed potato!
No comments:
Post a Comment