Tuesday, October 28, 2014

Spaghetti Carbonarism Dapur Orang Muda

Sekarangni banyak cafe-cafe baru buka serve carbonara, maklumlah dulu hotel jer ada food ni,tapi masa sudah berubah ,cafe skarang dah ala-ala coffee house dah!.. kekadang lebih dari itu pun ada.. so, kepada penggemar carbonara atau Carbonarism.. haha.. ni menu ringkas tapi berani jamin memenuhi tuntutan selera anda .. dan menu ni boleh dibuat untuk keramaian family , dan kalau xhabis, kuahnya boleh disimpan dalam  peti sejuk ( untuk 2-3  hari ) dan sejuk beku ( seminggu ++ , bergantung kpada cara masak ).. so, bleh buat stok boring2 nak makan kat rumah ! ..

BAHAN

500 gram Spaghetti / Angle Hair / Bow tie ( ikutla yang mana ada suka )
150 gram Isi Ketam ( Filamen Ketam ) di potong nipis
100 gram Sosej ( dipotong nipis )
2 keping Daging Burger ( dinyahbeku dan dilenyek )
¾   Susu Penuh Krim ( kotak besar)
1 Kotak Cooking Cream
1-2 Labu Bawang Holland ( dadu )
3- Ulas Bawang Putih (ditumbuk )
1/2  batang Saderi ( Dadu )
1 ½ Sudu Daun Oregano
1 ½ Sudu Daun Basil
1 ½  Sudu  Daun Thyme
1 ½ Sudu Daun Parsley
1 Sudu Lada Hitam
Minyak dan pati ayam serta  garam secukup rasa.

Cara-cara
  • -      Rebuskan Spaghetti kita, untuk mudah, masak air sehingga mendidih dengan sedikit minyak dan garam. Setelah mendidih, masukkan spaghetti . spaghetti akan masak dalam masa 10 minit, bagi Angel Hair , mungkin dalam 8 minit.
  • -      Toskan spaghetti yang dah masak dan campurkan dengan sedikit minyak dan gaul supaya bila sejuk nanti dia  tak melekat sesama sendiri.haa..
  • -      Mula membuat sos nya, tumiskan  bawang putih kemudian disusuri bawang Holland , dan saderi.. setelah semua bahan ni naik bau, baru masukkan daun herba kesemuanya.. sehinnga naik bau herba, masukkan bahan mentah , kacau sehingga masak..kena sentiasa kacau supaya xda yang hangit. Hehe..
  • -      Selepas masak semua.. masukkan susu kotak dan cooking cream, dekat susu ni ikut pada kesusaian anda yang nak makan, nak sedap, tambah lagi susu, tp jangan terlalu banyak. Kemudian lada dan pati ayam untuk rasa.
  • -      Masak sehingga mendidih dan siap untuk dihidang
  • -      Nak sedap, bila nak makan baru gaul dengan sos, dan masak seketika bersama dalam kuali by portion. 


Salad Udang Cocktail

BAHAN
  • 200 gram Udang ( direbus dan dibuang kulitnya )bersama sedikit garam
  • 2-3 biji  Tomato ( wedges ) dibuang bijinya _utk elak kena appendik :)
  • 1 Labu Bawang ( Wedges )
  • Iceberg Lettuce ( dicerai-beraikan )
  • 2 Sudu Perahan Lemon
  • 10-20 gram  Potongan buah Olive
  • Sos Mayonaise
  • ½ Sudu Serbuk Daun Basil
  • ½ Sudu Serbuk Thyme

Cara-cara
  • -      Menu senang yang mampu bertahan 2-3 hari dalam peti sejuk. Sedap dinikmati sewaktu sejuk. Sebab ini menu cold kitchen.
  • -      Pertama campurkan  Mayonaise, Daun Basil, Daun Oregano, dan perahan lemon, untuk tambah " kick", masukkan sedikit cuka apple atau Apple Cider vinegar . kacau sehingga sebati.
  • -      Dalam bowl yang sama, masukkan semua bahan lain dan Kacau sekali.. Siap, menu ni sesuai untuk sesiapa yang nk kurus, sebab adalam menu ni ada beberapa bahan yang memecah lemak badan macam cider vinegar, tomato, lemon, dan lain-lain . Selamat mencuba !.
  •  



Ayam Asparagus Bersama Sos BBQ

BAHAN
1 ayam chicken chop ( paha ayam yang dibuang tulang nya )
1-2 batang  Asparagus muda (direbus )
1-2 batang Lobak Merah ( battonet /Julienne ) direbus
1 labu hirisan bawang kecil
Sehelai daun Bay
1-2 sudu Sos Tiram
1-2 Sudu Sos Tomato
3 Sudu  Brown stock
1 Sudu Pati Ayam
1 Sudu Serbuk Lada Hitam
*Tali ikat ( kain pun boleh tapi yang tiada warna lah )

Cara- Cara
  • 1-      Mulakan dengan Bismillah : )
  • 2-      Basuh ayam dan buka ayam seluas mungkin sepertimana ayam chicken chop tu.
  • 3-       Perisakan Ayam ini dengan Sos Tiram, Sedikit Pati Ayam, Serbuk Lada .. boleh tambahkan Mix herb untuk lebih aroma .perapkan dalam 30 minit untuk rasa menyerap dalam kalbu ayam : )
  • 4-      Sementara itu, kita buat sos dulu..tumiskan bawang bersama daun Bay serta sedikit Lada Hitam sehinga bawang layu.. untuk Brown stock ,  campurkan brown stock tadi bersama air sejuk dan kacau sehingga larut,lepas tu baru masukkan ke dalam kuali . kemudian, masukkan sos tomato dan jus oren tadi.. kacau sehingga sos likat pekat dan mendidih..siap kuahye !
  • 5-      Selepas 30 minit , letakkan asparagus dan lobak merah yang sudah direbus ditengah ayam dan gulung serta ikat dengan kemas. Teknik ikatan yg terbaik bole tgok youtube.saya xdan nk buat video ikatan kemas tu..nanti, insyaAllah.
  • 6-       Setelah ikat, panaskan kuali leper, dan masukan ayam tu tadi, masak sehingga kekuningan lebih kurang 8-12 minit.ayam pun siap.kuah pun siap..dan bolehla dihidangkan .. sedap kalau makan panas-panas bersama mashed potato!