Wednesday, October 2, 2013

Baked Chiliean Seabass With Potato Pancake and Chiliean Tomato Salad

Menu ni asal dari Amerika Tengah,bleh kata sedap jugak nak makan pun. low colestrol bagi hat nak diet.. pakai basic food, yang mudah kta nak beli dekat pasaraya insyaAllah. saya ceritakan sedikit sebnyak sejarah makanan ni ,kenala dengan tema saya minggu ni saya target untuk kongsikan masakan Amerika latin kan... so, sejarahnya ,Seabass atau bahasa melayunya ikan Siakap, Chilean Seabass atau Ikan Siakap dari Chile ni dikatakan " Rolls Royce of Seafood World " sebab ikan siakap hat dari sini berlemak dan berminyak mcam ikan cod la orang kata, senang orang kata RARE lah.. siakap spiesies ni serve kat hotel, restoran fine dining slalunya, memang konform kita nak beli kat sini xdapat.. tap xpaaaaa.. kta bleh substitute ikan siakap tu dengan siakap malaysia yang lagi enak bangat nih.. lebih kurang jer haa. so,dont worry! ...smbung sejarah dia,di negara Chile ni famous la dengan makanan ni, bleh kata signiture dish kat sana. sbab apa? sebab " major crop " depa adalah makanan laut dengan ikan, kalu tengok kat peta pun negara Chile ni lokasinya spanjang pesisiran pantai Amerika selatan sebelah Laut Pasific .nak mengetahui lebih lanjut? kita sambung dalam next recipe.. okey.. skrang saya listkan bahan2 yang digunakan dalam masakan ni dan cara masakan nya ..


Bahan Baked Chilean Seabass

1                fillet Ikan Siakap.
10 ml         Minyak Zaitun ( kalu boleh, nak sihat kan ?..haha )
1/4 tbsp     Garam
1/4 tbsp     Lada sulah
1 tbsp        Cajun seasoning ( cajun ni combination bawang putih n besar dgn herb, ada jual kt hypmarket )

Bahan Potato Pancake

100 gm      Ubi Kentang 
20 gm        Kacang Pea ( tin )
20 gm        Garam
20 gm        Lada sulah
50ml          Susu 

Bahan Chilean Tomato Salad

100 gm      Tomato
3 tbsp         Jus Lemon 
2 tbsp         Minyak Zaitun
secukup rasa garam dan lada sulah.
( nak sedap atau menghijaukan salad ni, boleh letak daun ketumbar sama atau daun sup ataupn daun parsley, nk letak semua pun boleh )


Cara penyediaanya
  1.  ikan yang dah di siap " fillet " atau di asingkan dari tulangnya , kita bleh season dengan semua bahan2 yang tersenarai dalam bahan Baked chilean seabass.. senang jer,,..gaulkan semua.. kalau kurang rasa boleh adjust.tp kurangkan rasa masin ,bole krangkan penyakit..hehe. cajun tu jangan terlalu bnyak , agak jer..takut boleh tukar warna ikan kita tu.. nak bagi sedap.. semestinya peraplah  dlam 30 minit macam tu..
  2. oven yang nak "baked " ikan tu kena dipanaskan dulu , 160 celsius, lepastu masakla ikan kita tu dalam 15minit ( ikan cepat masak ,kena tengok sama,kadang2 oven kan betul sangat suhu tu, kalu overcook ikan kita akan kering, bila kering, xsedap dahlaa..ikan ni sedap kalu well cook and moist bila serve.
  3. sementara tunggu ikan masak tu, waktu preparation hour ataupn kita panggil Mise-en-place, potato kita kena rebus dan dibuang kulitnya. sama dengan kacang pea.. ubi kentang selalunya empuk dalam masa 10-15 minit macam tu la. tp pastikan betul2 empuk.baru senang nk lenyek nanti. 
  4. lenyek ubi bersama2  kacang pea kita tadi tu,masukkan semua bahan ,gunakan wire wisk kalu bleh..senang sikit.. campur air sikit utk dapatkan tekstur yang elok untuk kita buat pancake,lepas siap jer,trus bleh masak atas pan ( non-stick pan lah kalu bleh, cantik skit ).
  5. siap jer pancake kita,terus dengan salad kita yer...tomato tu dibuang bijinya dan potong " thin wedges" lepastu just masukkan semua ingredient sekali jalan jer.. kalu nak letak daun-daun hijau skali, letak skali dan gaulkan smpai sebati.
  6. siap semua bahan2 kita yang merangkumi main item, starch dan salad, tapi mana sos nya ? sos nya ikut la pda anda yer..tp di Chile ,depa mamam dengan dipping ..kita ni dengan sos chili pun dh jadi ..hehe.sapa pun bleh buat resipi ni..kalu bg mak mentua makan,ishh .. xtau habaqla..hehe.. tp tekak melayu kekadang xbleh terima food luar ni..tp kalu bg yang nk diet n jga makan n kulit muka, food in salah satu menu anda!.. selamat mencuba, rasai kelainanya..

Salam 1Malaysia ! penGenaLan sAya uNtuk SeMua

Assalamualaikum !  saya doakan agar hat mana tengok blog saya nih dalam keadaan sihat belaka..xpenah buat blog pun sebelum ni tapi saya cuba kali ni untuk mengembangkan pengetahuan saya  dalam bidang Hospitaliti dalam fokus saya yakni bidang Seni Kulinari dan Gastronomi.dulu orang " pangge " bidang duk  dapuq lah senang kata...dulu hat kerja Hotel ni kira dipandang senget skit..dulu-dulu la.. beza sangat dengan lani.. perubahan yang ketara kita bole tengok kot TV..bidang masak skrang dah ada tempat dah dalam pasaran haa.. jadi , peluang untuk berjaya dalam bidang masakan cukup luas ! cerah !...saya merupakan bekas pelajar jurusan Seni Kulinari dan Gastronomi Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang..nak kata pandai masak tu dakla sangat.. tapi kalu suruh buat tu insyaAllah bole buat..sebab saya teori tak berapa ingat skit..praktikal tu kalu orang kedah kata ' " buh Belangga ataih dapuq jadi makanan " tu kira masak tu jadi lah..sebabtu bloq ni dihasilkan.. saya nak cuba kongsikan idea saya ,dalam masa yang sama saya nak belajar lagi tentang Kulinari nih.

Bidang kulinari cukup luas untuk pengetahuan semua, kita buka saja perlu tau apa masakan yang kita buat. kita kena tau makanan kita berasal dari mana dan sapa yang buat dia.. bnyak orang kita xtau..pasta pun orang kata mai dari Itali sedangkan asalnya buka di Itali tapi dari China, Marco polo  yang bawa dari china resipi tu ke Itali untuk di olah menjadi Pasta yang menjadi kebangaan penduduk di Sicily, Itali . sama denga Pizza pun.. duk kena situ lah kita kalau tak kaji sejarah nya.. asal Pizza dari tanah Arab ( Mediterranean ) ,tp lani pun duk jadi milik Itali jugak.. xpalah, benda berlaku berkurun lamanya..tapi dengan ilmu makanan ni kita dapat bezakan kualiti makanan yang kita makan. banyak penduduk Malaysia tak faham (x tau ) apa yang depa makan setiap hari dan apa kesan nya kalu makan makanan tu.. yang tau, maaakkkaaaannnn smpai nk pecah prut.haaa.. lepastu timbullaa isu obesiti peringkat muda, darah tinggi, kencing manis, macam2 lagi lah kira.. baru2ni kita digempaq dengan isu keracunan makanan di Yan ,Kedah. 6 orang mati sebab keracunan makanan waktu menghadiri ke kenduri. kalau kita dapat mengesan tanda2 makanan yang rosak, insyaAllah perkara macam ni xberlaku.punca dikatakan dari masakan Ayam Masak Merah, nak cerita habaq..haa,kluaq kedah skit dah. Ayam ni salah satu binatang ternakan yang " kaya " dengan bakteria E- Coli . nak tau apa itu E-Coli ? searchlaa.. tnya pakcik Google ..haha..

insiden macam tu kadang2 nak bagi kita sedaq dan ambik teladan agar xberulang 2,3 times la mat salleh kata.jadi sya seru agar sapa yg tegok blog ni buka minda ,buka hati untuk belajar sedikit sebanyak ilmu masakan dari internet yang lani makin lama makin maju. saya mampu takat berkongsi sidikit sebanyak ilmu kulinari semampu yang boleh.. supaya, kita dapat buat diet seimbang, cegah sakit dari awai. sbabtu nama pun orang muda.haha...dan yang penting ..kurang makan makanan luar, masak sendiri haa,. Baru syiokkkk! ada feell.. try baru tau... jadi..takat nilah pengenalan saya. apa yang boleh saya kongsikan, saya akan dalam ni insyaAllah.. Minggu depan kita mula dengan lesson International food, South America Cuisine.. saya harap ,dapat membantu sedikit sebanyak lesson tu kpada semua.. masak ringkas tapi elegant. xpayah tggu p sana .kita buat kat dapuq kita, Dapuq Orang Muda ! assalamualaikum-