Tuesday, October 28, 2014

Spaghetti Carbonarism Dapur Orang Muda

Sekarangni banyak cafe-cafe baru buka serve carbonara, maklumlah dulu hotel jer ada food ni,tapi masa sudah berubah ,cafe skarang dah ala-ala coffee house dah!.. kekadang lebih dari itu pun ada.. so, kepada penggemar carbonara atau Carbonarism.. haha.. ni menu ringkas tapi berani jamin memenuhi tuntutan selera anda .. dan menu ni boleh dibuat untuk keramaian family , dan kalau xhabis, kuahnya boleh disimpan dalam  peti sejuk ( untuk 2-3  hari ) dan sejuk beku ( seminggu ++ , bergantung kpada cara masak ).. so, bleh buat stok boring2 nak makan kat rumah ! ..

BAHAN

500 gram Spaghetti / Angle Hair / Bow tie ( ikutla yang mana ada suka )
150 gram Isi Ketam ( Filamen Ketam ) di potong nipis
100 gram Sosej ( dipotong nipis )
2 keping Daging Burger ( dinyahbeku dan dilenyek )
¾   Susu Penuh Krim ( kotak besar)
1 Kotak Cooking Cream
1-2 Labu Bawang Holland ( dadu )
3- Ulas Bawang Putih (ditumbuk )
1/2  batang Saderi ( Dadu )
1 ½ Sudu Daun Oregano
1 ½ Sudu Daun Basil
1 ½  Sudu  Daun Thyme
1 ½ Sudu Daun Parsley
1 Sudu Lada Hitam
Minyak dan pati ayam serta  garam secukup rasa.

Cara-cara
  • -      Rebuskan Spaghetti kita, untuk mudah, masak air sehingga mendidih dengan sedikit minyak dan garam. Setelah mendidih, masukkan spaghetti . spaghetti akan masak dalam masa 10 minit, bagi Angel Hair , mungkin dalam 8 minit.
  • -      Toskan spaghetti yang dah masak dan campurkan dengan sedikit minyak dan gaul supaya bila sejuk nanti dia  tak melekat sesama sendiri.haa..
  • -      Mula membuat sos nya, tumiskan  bawang putih kemudian disusuri bawang Holland , dan saderi.. setelah semua bahan ni naik bau, baru masukkan daun herba kesemuanya.. sehinnga naik bau herba, masukkan bahan mentah , kacau sehingga masak..kena sentiasa kacau supaya xda yang hangit. Hehe..
  • -      Selepas masak semua.. masukkan susu kotak dan cooking cream, dekat susu ni ikut pada kesusaian anda yang nak makan, nak sedap, tambah lagi susu, tp jangan terlalu banyak. Kemudian lada dan pati ayam untuk rasa.
  • -      Masak sehingga mendidih dan siap untuk dihidang
  • -      Nak sedap, bila nak makan baru gaul dengan sos, dan masak seketika bersama dalam kuali by portion. 


Salad Udang Cocktail

BAHAN
  • 200 gram Udang ( direbus dan dibuang kulitnya )bersama sedikit garam
  • 2-3 biji  Tomato ( wedges ) dibuang bijinya _utk elak kena appendik :)
  • 1 Labu Bawang ( Wedges )
  • Iceberg Lettuce ( dicerai-beraikan )
  • 2 Sudu Perahan Lemon
  • 10-20 gram  Potongan buah Olive
  • Sos Mayonaise
  • ½ Sudu Serbuk Daun Basil
  • ½ Sudu Serbuk Thyme

Cara-cara
  • -      Menu senang yang mampu bertahan 2-3 hari dalam peti sejuk. Sedap dinikmati sewaktu sejuk. Sebab ini menu cold kitchen.
  • -      Pertama campurkan  Mayonaise, Daun Basil, Daun Oregano, dan perahan lemon, untuk tambah " kick", masukkan sedikit cuka apple atau Apple Cider vinegar . kacau sehingga sebati.
  • -      Dalam bowl yang sama, masukkan semua bahan lain dan Kacau sekali.. Siap, menu ni sesuai untuk sesiapa yang nk kurus, sebab adalam menu ni ada beberapa bahan yang memecah lemak badan macam cider vinegar, tomato, lemon, dan lain-lain . Selamat mencuba !.
  •  



Ayam Asparagus Bersama Sos BBQ

BAHAN
1 ayam chicken chop ( paha ayam yang dibuang tulang nya )
1-2 batang  Asparagus muda (direbus )
1-2 batang Lobak Merah ( battonet /Julienne ) direbus
1 labu hirisan bawang kecil
Sehelai daun Bay
1-2 sudu Sos Tiram
1-2 Sudu Sos Tomato
3 Sudu  Brown stock
1 Sudu Pati Ayam
1 Sudu Serbuk Lada Hitam
*Tali ikat ( kain pun boleh tapi yang tiada warna lah )

Cara- Cara
  • 1-      Mulakan dengan Bismillah : )
  • 2-      Basuh ayam dan buka ayam seluas mungkin sepertimana ayam chicken chop tu.
  • 3-       Perisakan Ayam ini dengan Sos Tiram, Sedikit Pati Ayam, Serbuk Lada .. boleh tambahkan Mix herb untuk lebih aroma .perapkan dalam 30 minit untuk rasa menyerap dalam kalbu ayam : )
  • 4-      Sementara itu, kita buat sos dulu..tumiskan bawang bersama daun Bay serta sedikit Lada Hitam sehinga bawang layu.. untuk Brown stock ,  campurkan brown stock tadi bersama air sejuk dan kacau sehingga larut,lepas tu baru masukkan ke dalam kuali . kemudian, masukkan sos tomato dan jus oren tadi.. kacau sehingga sos likat pekat dan mendidih..siap kuahye !
  • 5-      Selepas 30 minit , letakkan asparagus dan lobak merah yang sudah direbus ditengah ayam dan gulung serta ikat dengan kemas. Teknik ikatan yg terbaik bole tgok youtube.saya xdan nk buat video ikatan kemas tu..nanti, insyaAllah.
  • 6-       Setelah ikat, panaskan kuali leper, dan masukan ayam tu tadi, masak sehingga kekuningan lebih kurang 8-12 minit.ayam pun siap.kuah pun siap..dan bolehla dihidangkan .. sedap kalau makan panas-panas bersama mashed potato!



Thursday, May 1, 2014

Nasi Goreng Apple Seafood bersama Sotong Grill Tomyam dan Salad Buah

Salam semua.. hahh..hari saya nak buat satu resepi baru....menu ni nk buat p pertandingan masak kat penang..tetiba jer cancel plak.so ,sya tetap buat n cuba rasa nya ..Alhamdulilah..sedap n baik untuk kesihatan sebab basic masakan ni ada buah-buahan, yg mana nak diet tu bolehla cuba..


Nasi Goreng Apple Seafood


100 gm    Nasi dah masak
20gm       Udang
50gm       Apple ( yang dah didadukan )
10g          Bawang merah yang di dadukan
1 tbsp      Minyak
1 tbsp      Sos tiram
1 tbsp      paste nasi goreng
garam dan gula secukup rasa


Method
1- Tumiskan bawang dengan minyak , sos tiram sekali tau, dan udang sehingga masak, lepastu masukkan apple , tumis smpai naik bau.
2- masukkan nasi dan goreng sehingga masak.


Sotong grill Tomyam


2-3  ekor Sotong putih( dibasuh rapi )
1 tbsp   paste tomyam
1 tbsp   air limau

Method

1- gaul kan semua bahan dan biarkan selama 10 minit, kemudian bakar sehingga masak


Salah Buah


1 biji  apple ( dadu)
1 biji  Mangga ( dadu )
1 jurai   Betik ( dadu_
1 tbsp   Sos cili
garam dan gula secukup rasa 


Method

1- gaulkan semua bahan  shaja.siap!


Saturday, April 5, 2014

Paprik Orang Muda..


Paprik..kalau dekat retaurant siam memang terbaikla kan.. tapi kat rumah pun boleh buat jugak,, sapa kata xboleh kan...simple saja hatni..mai nak tnjukk.! Ni resipi utk satu family.

Paprik Orang Muda


1 kg         Daging ( direbus dan dihiris )
50gm       sos cili
50gm       sos tomato
50gm       cili boh ( cili kering direbus yang dikisar dgn air ,dlam bntuk paste )
100ml      air limau
50gm        gula
20gm       garam
20gm        serai  ( dihirs )
50gm       bawang ( dihiris )
20gm       Halia
10 helai    daun limau perut
500ml      Stok daging ( air rebusan daging )


sayur wajib ada :  Kacang panjang, bunga kobis, karot, jagung muda , yang lain tu ikutla nk letak ke x, sayur lagi bnyak lagi ssodap!

garnising : daun ketumbar

Cara-caranya

1-  Tumiskan halia, bawang, serai, daun limau perut sehingga naik bau, lepastu masukkan cili boh , sehingga naik bau dan masukkan pula semua sos yang terlibat..haha
2-seletah tumis semua sos , masukkan stok daging air limau dan perisakan bgi sodap mulut tu haaa..
3- dah siap perisa, masukkan sayur yang terlibat, mulakkan dengan sayur yang keras, sebab lambat masak, disusuli sayur lembut .
4- biarkan mendidih, masukkan daging rebus tu, tutup api, settle!..
* nak bgi kuah pekat, bncuh tepung jagung dengan air sikit, masukkan sewaktu mendidih.( tepung jagung 2 sudu- 4 sudu  jer )

Sweet-sweet sour Ikan Bawal

Hah..harini resepi ikan bawal plak, saja lapar nk makan ikan, semua orang bleh buat simple jer.kos pn xsmpai RM 5.00... selalunya sweet sour ni warnanya merah kuahnya kan,, tapi resipi sya warna kuning, hah..diRaja gitu!..nk rasa? cubalah buat..haha

Sweet-Sweet Sour Ikan Bawal

1 ekor        Ikan Bawal ( potong dan dibasuh dan diselawat )
30gm          Kobis (dipotong dadu )
50gm         Tomato ( dipotong dadu )
15gm          Halia ( hiris halus )
2 batang     Serai  ( hiris halus)
3 helai        Daun limau perut ( dihris halus )
15gm         Nenas  ( dipotong dadu )
20gm         Bawang besar ( dipotong dadu )
3 biji          Cabai Melaka ( org kedah kata )
25gm         Sos Tiram
2 sudu        Air limau
2 sudu        Gula
1 sudu        Garam
250ml         Air
1 sudu        Minyak untuk menumis


Cara- Caranya...

1-   Gorengkan ikan bawal tadi, jangan garing sangan, sikit2 suda~amgkat ikan dan toskan mnyak nyer
2- Ambil sedikit minyak menggoreng tadi tu, tumiskan seua bahan yang dipotong dadu, termasuk serai dan halia.setelah semua naik bau, masukkan sos tiram.
3- selelah sos tiram dimassukkan ,masukkan air limau dan air masak, agak mendidih tu, perisakan dengan gula, garam secukupnya. biarkan mendidih balik,selepas mendidih balik,masukkan ikan bawal kta dan ttup api.. siap!  boleh hidang, tmbah pula dengan nasi panas.perghhh~meleleh ..

Wednesday, April 2, 2014

Spaghetti Bolognese Ala Student..

Haa.. dalam instagram saya ada post dah spaghetti ni..tapi tanpa resepi.. manaa tau kan..ada yang nak buat kat Universiti hmpa masing2 kan ataupun kat rumah ka.. resepi ni baru buat semalam, hnya mengunakan satu dapur ( dapur  elektrik jer ) .. dengan RM 30 .. duit tu dapat mghasilkan  speghetti yang mampu dijamah dengan happy oleh 20 member kelas saya ..haa.. memang berbaloi !  .. so, semalam , dinner kami semua adalah Speghetti Bolognese Ala Student... kalu makan malam, selalunya cost every student near to RM 5.00 , dengan cara ni, Hanya RM 1.50 seorang!... so, cuba lah..oke! Jimat,jimat dan jimat! dekat bawah, saya letak sekali harga, estimate dalam RM 35 jika ikut resepi tu.  sebab kami spend RM 30 tanpa membeli sos cili dan tomato, sbab dah ada~ hampa kalu xda  , so, RM 35 ler..oke..tapi u all still jimat..



Resepi nya Adalah:

1 Bungkus     Daging Burger ( jenama yang sedap sikitla kalau boleh )  RM 7.00
1 Tin             Tomato Paste ( Ape brand pun xpa ) RM 3.60
400ml            sos cili   RM 2.80
400ml            sos tomato   RM 2.80
2-3 kiub         stok pati ayam  RM 2.50
6 tbsp            Gula
2 btg              Daun Saderi   RM 0.99
2 btg              Carrot            RM 1.30
6 labu             Bawang Holand    RM  1.70
20gm             Mixed spice ( parsly/ majoran/thyme/oregano/rosemary ) ada jual yg siap pack. nak sedap .                           beli thyme ,oregano,parsley dengan basil jer. rosemary nanti effect bau.  RM 1.99
1.5 ltr             Air masak
2 paket           Spaghetti   RM 9.80
                     * nak pedas, letak lada hitam yang ( crunch b/pepper )


Method

1-  Lembutkan Daging burger tu dan ramaskan bagi jadi mcam minced beef, sebab apa kita pakai daging burger? ..sebab dah ada perisa yang sedap kn.. so, xla penat nak adjust rasa , especially student kn..
2- Potong dadu carrot, saderi, dan bawang holand, campurkan sekali .lagi kecik lagi cantik dan cepat masak.
3- selesai semua di atas, bolehla mulakan peperangan dapur kita. yang pertama , panaskan minyak dan tumiskan daging tadi sehingga masak, apabila da masak, masukkan mixed spice kita tadi dengan sayur yang kita dah potong dadu..tumis sehingga sayur masak atau sweat dlam term nye haa..
4- bila semua dah masak, masukkan sos tomato, sos cili dan tomato paste , kacau bagi sebati dlam sminit macam tu.
5- sementara tu, rebusla spaghetti tu, xrebus maka xmasak!..haha..boil air,masuk spaghetti tu daan biar dlam 7-10 minit .spaghetti bila masak ,warnanyer kekuningan ,
6- selepas dibiar dan dikacau selama seminit , masukkan air , dan masukkan juga bahan perasa kita yakni stok pati ayam dan gula.. biarkan mendidih dan pekat, lepastu bolehla hidang..settle, student mesti boleh buat, tambahla suri rumah kan..selamat mencuba!